Pada kita derita itu pada gagalnya peperiksaan laparnya perut pada makanan putusnya cinta pada kekasih pujaan jauhnya ibu ayah dari dakapan juga habisnya duit dalam bekalan....
Pada mereka derita itu...
Apabila rumah kediaman digesel trak...
Harta benda serba serbi dirompak maruah keluarga dipijak-pijak...
Anak bini dicincang oleh manusia tak berotak tanah air Islam diinjak-injak irama..
Kita adalah suara Siti yang merdu??
Atau muzik rock yang bingit melegakan atau suara nasyid yang mendayu-dayu irama mereka?? Bulddozer yang menghiasi setiap pagi ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi..
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi sungguh sukar kita berada di tempat mereka kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka.....
Berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian putusnya cinta atau geramnya pada manusia tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta..
Pada kekayaan melimpa ruah pada umur yang panjang agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan...
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi… pada syahid tanpa henti pada perjumpaan teragung dengan Ilahi tercinta… Siapakah kita berbanding mereka?