Friday, December 31, 2010

Cerpen ku. . .

Atin!
AKU yang memanggil namanya
dengan pangilan itu! Entah macam
mana, akhirnya nama itu menjadi
panggilan ramai! Aku tidak merancang
untuk mengekalkan namanya dengan
panggilan itu! Waktu mula-mula aku
memanggil dia dengan panggilan itu,
dia diam sahaja!
                                                                                                                                                                    
D

ia senyum lebar padaku tanpa sebarang komen. Tetapi setelah nama ia dikenali umum, aku dapati ada keserasiannya. Dia pun gembira apabila dipanggil dengan panggilan itu. Atin adalah orang asing di daerah ini. Sudah tiga bulan dia tinggal di sini. Dia bukan pendatang tanpa izin yang datang dengan tujuan mengadu kasih di sini. Dia adalah mangsa persengketaan etnik yang sekian lama tercetus di negerinya. Khabarnya, keadaan di negerinya semakin kritikal dan bahaya kepada orang luar.

Aku pernah bertanya asal usulnya, namun dia tidak dapat memberi  jawapan tentang asal usulnya! Dia tidak ingat bagaimana dia boleh sampai di sini? Siapa namanya? Siapa keluarganya?  Dan siapa diri dia yang sebenarnya, dia sudah lupa semuanya!
            Hampir sebulan dia terlantar di hospital dalam keadaan koma setelah mengalami kecederaan di kepala. Setelah sedar, dia tidak tahu dirinya berada di mana? Dia tidak dapat menjawab setiap soalan yang ditanya! Dia hanya mampu menggelengkan kepala dan menjawab tidak tahu saja!
            Aku tahu, dia berasal dari mana dan mengapa dia jadi begitu? Dia dibawa kesini dengan cara seludup menumpang kapal dagang supaya tidak dapat dikesan olehpihak pemerintah! Akibat kecederaan di kepala, menjadikan ingatannya terganggu! Sampai sekarang, dia masih menerima rawatan susulan di hospital!
            Persoalan yang sering bermain di ingatanku, dan belum terjawab adalah tentang siapa dia? Mengapa dia diseludup ke sini?
            Entah mengapa, aku rasa teringin sekali untuk mengetahui tentang dirinya dengan lebih jelas dan dekat? Sejak dia mula-mula sampai di sini, aku sudah rasainya begitu!! Maka kerana itu, aku sering melawatnya selama dia di hospital!
                                    ∞∞∞∞
            Sejak itu, hari demi hari hubungan aku dengannya tambah mesra. Dia senag sekali denganku. Sejak keluar dari hospital, dia diambil oleh Pak Harman dan ibu Iyani untuk tinggal dengan mereka. Mereka memiliki kedai runcit dekat perlabuhan itu, dan Atin bekerja dengan mereka menguruskan kedai.
            Setiap pagi, Atin menunggu aku di kedai menerima barang yang aku hantar. Setiap kali berurusan dengannya, Titin melayanku dengan baik sekali. Bicaranya yang lunak, dan senyumannya yang manis itu cukup memikat hatiku. Mampu mengoncang tiang keimananku dengan rupa parasnya yang cantik di samping dengan sifat-sifat kewanitaannya yang lembut dan menawan itu.
            Kemesraan hubunganku dengan Atin disedari oleh Pak Harman dan isterinya. Mereka hanya diam, namun di sebalik itu aku dapat mengesan  yang mereka tidak menghalang hubungan kami.aku pernah memberitahu Ibu Iyani, aku suka akan Atin.Dia Cuma tersenyum apabila mendengar pengakuanku itu. Tujuanku itu adalah untuk mendapatkan respon dari Ibu Iyani dengan harapan akan memberitahu kepada Titin suatu hari kelak.
            Aku tidak pasti Ibu Iyani memberitahu Atin atau sebaliknya tentang hasratku itu. Aku bersetuju benar kalau Ibu Iyani memberitahu Atin. Aku lebih gembira andai Atin segera tuhu akan maksud hatiku ini.
            Ada ketika aku terasa hairan dengan perasaanku sendiri. Bagaimana  begitu mudah aku menaruh harapan pada Atin, sedangkan aku masih belum tahu dengan jelas tentang dirinya. Apakah sebabnya aku begitu mudah terpikat padanya? Setiap hari, aku gembira apabila bertemu dengannya.
            Sehari tidak melihat wajahnya yang ayu jelita itu, aku gelisah!! Maklumlah, Atin sebagai jurujual di kedai Pak Harman yang senantiasa dikunjungi ramai jejaka, cukup membimbangkan hatiku andainya ada yang menaruh hati padanya!
                                    ********************************************************************
            Atin  adalah gadis jelita  yang memiliki sifat-sifat yang aku impikan. Tubuhnya sederhana, berkulit cerah dengan rupa paras yang lembut dan ayu cukup menawan hatiku.
            Pernah aku terfikir, perlukah aku menaruh harapan padanya?? Aku belum mengenalinya dengan jelas?? Adakah dia tunangan orang?? Isteri orang?! Persoalan ini ada kalanya mengganggu fikiranku! Dengan keraguan ini, ada ketika au jadi serba salah untuk terus mendekatinya! Persoalan demi persoalan yang belum terjawab, semuanya menekan dan mengganggu fikiranku! Dengan keraguan ini, ada ketika aku jadi serba salah untuk terus mendekatinya!
            Sekarang aku sudah tidak mampu untuk menjauhikan diri darinya. Sebaliknya, aku semakin terpanggil untuk mendampinginya. Aku benar-benar merinduinya sekarang. Adakah Atin juga demikian?? Atau adakah dia masih belum dapat mengesan perasaanku terhadapnya??
                                    ***************************************************************
           
  Aku terasa diriku cukup cukup terseksa berada dalam situasi begini! Apa mampu aku lakukan sekarang? Mampukah aku berterus terang padanya; mengakui yang aku menyintainya? Dan berhajat untuk mengahwininya segera??
            Perlukah aku bertindak begitu sekarang?? Penantian tidak lebih satu penyeksaan! Dalam penantian perasaanku sentiasa terasa tertekan dan menderita! Bagaimana dengan Atin sendiri?? Bersediakah dia? Bagaimana reasinya setelah mendengar pengakuan ikhlas dariku? Adakah dia dapat menerima diriku sebagai teman hidupnya???
            Pentingnya sekarang bukan lagi SOAL cinta atau rindu! Bukan juga soal dia boleh menerimaku atau sebaliknya! Persoalan penting bagiku sekarang adalah mengetahui tentang dirinya dengan jelas! Inilah persoalan yang cukup menekan emosiku!
            Selagi aku belum mengenalinya dengan lebih jelas, aku tidak perlu terburu-buru menyatakan hajatku itu padanya! Itu tidak patut sama sekali! Jika tidak aku akan terperangkap dengan konflik jiwaku sendiri!
            Dengan keadaan Atin yang masih tidak berubah, menyulitkan aku dengan kenyataan ini! Bagaimana harus aku lakukan?? Jauh di sudut hati, aku sentiasa yakin dan percaya bahawa Titin adalah gadis baik! Dengan sifatnya yang lemah lembut dan bicaranya yang cermat dan teratur itu meyakinkan aku kembali dia gadis suci! Tiada keraguan aku atas dirinya! Cuma satu saja, aku ingin mengenalinya dengan jelas!
                                    *************************************************

            Suatu pagi, sewaktu aku menghantar barang, aku sungguh terkejut apabila Pak Harman memberitahu ada seorang lelaki dating ke kedainya petang semalam bertanyakan tentang Atin, kebetulan pula Atin pada waktu itu tiada, Pak Harman yang menjaga kedai. Menurut Pak Harman, dia telah merahsiakan identity Atin kepada lelaki tersebut kerana khuatir akan keselamatan Atin
            Selepas mendengar berita itu, fikiran aku semaki tidak tenteram! Pelbagai tekaan bermain di ruangan ingatanku! Hatiku resah setiap kali memikirkannya! Siapakah lelaki itu?? Sukar bagiku untuk membuat tekaan; adakah dia itu ahli keluarganya? Kekasih atau suaminya?? Pertanyaan ini cukup merimaskan fikiranku memikirkannya!
            Sepanjang hari aku tidak dapat melakukan kerja dengan tenang  kerana fikiranku tertunggu. Aku sendiri tidak faham dengan perasaan diriku ini. Kerisauan dan kesangsian menguasai seluruh perasaanku. Aku tidak boleh melakukan kerja dengan sempurna jika terus-terusan aku berada dalam situasi begini.
            Lalu pada petang itu, aku mengambil keputusan untuk pergi menemui sendiri dengannya! Jiwaku benar-benar tertekan! Aku bimbang diri Atin sedang terancam sekarang?
                                    ***********************************************
            Kehadiranku diperhatikan Atin dengan penuh tanda tanya. Dengan renungannya, aku dapat merasakan  dia seperti mengetahui maksud kehadiranku.
            Aku perlu berterus terang dengan Atin! Aku tidak boleh terus memendam rasa, kelak diriku sendiri akan merana! Walau apa pun anggapan Atin terhadapku diriku, aku tidak kisah! Begitu juga dengan anggapan orang lain, ahh!! Aku tidak peduli semua itu! Yang penting sekarang, aku dapat memiliki Atin!
                                    ********************************************************
            Kebetulan petang itu, di kedai Pak Harman tiada orang lain. Atin sendirian menjaga kedai. Ini kesempatan terbak buatku unuk meluahkan isi hatiku kepadanya. Aku segera mengajak Atin berbicara. Atin kehairanan dengan sikapku. Petang itu, aku lebih serius dari biasa. Atin akur dengan permintaan walaupun nampak gelisah.
            “Atin, saya rasa hari ini sudah sampai masanya saya perlu berterus terang pada awak…” terasa gementar seluruh anggotaku, namun tabahkan jua!
            Atin masih memandangku dengan kehairanan. Aku cuba mententeramkan keadaannya.
            “Atin,sebenarnya saya suka pada awak, dan saya mencintai awak dengan sepenuh hati saya tin. Saya berhajat untuk ambil Titin sebagai isterinya.” Aku gagahi suara supaya Titin bisa memahami maksudku itu dengan jelas.
                                   *********************************************
 Atin tergamam apabila mendengar pengakuan ikhlas dariku itu. Dia merenung mataku, mengesan perubahan dan meminta penjelasan lanjut dariku.
            Aku terus  mengumpul kekuatan di dalam jiwaku untuk berdepan dengan kenyataan ini. Dadaku berombak dan seluruh anggotaku menggeletar serta gementar.
            “Saya mohon, agar awak tidak mengecewakan saya dengan harapan Atin dapat menerimanya. Saya jujur pada awak Tin, dan saya benar-benar mengharapkan awak di dalam hidup saya…” aku terus meyakinkan Atin.
            Atin masih membisu, dan masih merenungku dengan pandangan penuh teka-teki. Wajahnya tidak banyak berubah seolah-olah dia sudah memahami maksud hatiku ini.
                                    ****************************************************
            Petang itu, aku tidak mendapat sebarang    jawapan dari Atin. Dia hanya membisu sepanjang pertemuan kami. Aku hairan, mengapa Atin membisu sepanjang pertemuan itu? Selalunya Atin tidak begitu, paling tidak dia bercakap juga sepatah dua. Adakah dia terkejut dengan keputusanku itu? Adakah dia sangsi dengan pengakuanku itu? Atau adakah dia tidak sudi membalas cintaku?!
            Jiwaku dibelenggu dengan seribu pesoalan yang mencengkam perasaan! Aku sukar sekali untuk melelapkan mata sepanjang malam. Perasaanku tertekan! Aku terlalu terkenangkan Atin! Aku tewas oleh perasaanku sendiri.
            Esok, aku berhajat untuk bertemu Atin lagi. Aku ingin meyakinkan lagi perasaanku terhadapnya! Mudah-mudahan Atin terbuka hati untuk menerima cintaku. Dalam kesempatan itu, aku akan mendesak Titin supaya memberikan jawapan segera kepadaku! Aku sudah tidak tertahan lagi berdepan dengan persoalan ini.
            Atin tidak ada di kedai pagi itu, hanya Ibu Iyani! Dadaku bergelombang. Atin ke mana?? Mengapa tidak dia menjaga kedai? Mengapa tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku dilanda gelisah! Ibu Iyani memandang curiga padaku seperti ada sesuatu yang tidak kena.
            “Atin ke mana bu?” segera aku bertanya apabila mendekati Ibu Iyani. Ibu Iyani tidak segera menjawab pertanyaanku itu. Dia masih memandangku dengan pandangan yang sukar untuk aku faham.
            “Ibu, Atin ke mana?” perasaanku semakin sebak. “Atin sudah pergi…” selamba Ibu Iyani melayanku. Lidahku tib-tiba kelu! Terasa kaku seluruh anggotaku! Benarkah Titin sudah pergi? Benarkah apa yang diucapkan oleh Ibu Iyani itu?? Kalu benar, Atin ke mana? Kenapa Atin lari dariku? Tidak sudikah Atin menerimaku?? Atau… siapakah Atin itu sebenarnya?
            Debaran jantungku semakin kencang menerjah ruang dadaku! Sudah tewaskah aku? Mangapa Atin tidak berterus terang saja padaku? “Atin ke mana ibu?” suaraku berubah sayu. Seluruh anggotaku terasa lemah tak bermaya.
            “Atin sudah telah pulang ke kampungnya, ada rombongan menjemputnya semalam…” Ibu Iyani seolah-olah tidak memahami perasaaanku dan apa yang sedang aku hadapi sekarang.               
            “Siapa mereka itu bu?” perasaanku terus mendesak. “Entahlah, dua lelaki dan seorang perempuan…” Ibu Iyani seperti sengaja tidak memahami tentang kemesraan hubunganku dengan Atin. Jiwaku dilema! Aku buntu kini! Aku berdepan dengan situasi yang sukar untukku fahami! Adakah aku sudah terperangkap dengan apa yang sudah direncanakan selama ini?! Sebelum ini, aku sentiasa menyedari bahawa Pak Harman sendiri kurang berminat untuk bercakap soal Atin.
            Siapakah rombongan yang datang menjemput Atin pulang? Mengapa kepulangan Atin dengan tergesa-gesa? Adakah Atin akan kembali semula ke sini? Apa yang aku hadapi sekarang bagaikan mimpi, Atin datang dan pergi?
            Siapakah Atin? Soalan itu masih belum terjawab!
                             **********************************************************
            Pagi itu seperti biasa aku menghantar barang ke kedai Pak Harman. Aku datang awal daripada biasanya. Pagi masih dingin, sekitar pelabuhan juga  masih sepi. Sewaktu aku perhatikan sekitar-sekitar pelabuhan, pandaganku teralih dan terpacak pada seorang yang sedang berdiri menghadap laut



Dadaku berdebar! Seluruh anggotaku terasa kaku kembali! Benarkah apa yang aku lihat ini? Betulkah dia ? Atin? Seribu persoalan kembali bergelora di ingatanku! Bermimpikah aku??
            Dia menolah padaku, dan merenngku. Aku masih tercegat melayani perasaanku yang masih bercelaru. Ternyata pandanganku tidak silap lagi. Dia adalah Atin!!
            Atin tersenyum dari jauh, aku membalas senyumnya. Atin segera mandapatkan aku. Atin berdiri di hadapanku dengan bibir masih tersenyum. Aku meneliti wajah dan bibirnya. Namun, aku masih dibelenggu dengan perasaan yang tidak menentu!
            “Saya kembali semula ke sini…” Atin. “Untuk apa?” aku ragu.
“Untuk satu penantian!” Atin memberikanku keyakinan padaku. Aku tidak mengerti maksud bicaranya itu. Aku belum kenal siapa Atin dengan jelas?
            “Berapa lama awak akan berada di sini?” aku perlukan kepastian. “Untuk selama-lamanya…” Atin mengukuhkan lai keyakinan aku.
            Aku masih sangsi! Ini bukan suatu kejutan, tapi suatu kenyataan yang aku sendiri tidak pasti dan kurang mengerti. Masih banyak persoalan yang gagal aku temui jawapan sesudah sekian lama difikirkan.

Akhirnya melalui satu kenyataan yang ditulis sendiri oleh Atin sendiri, mengertilah aku bahawa tanpa kuduga, dia adalah seorang patriot bangsanya yang diputuskan untuk tinggal di sini demi keselamatan jiwanya.
            Ternyata, Atin adalah seorang pemimpin bangsanya yang paling dihormati. Kini, ingatannya kembali pulih, dia sudah kenal siapa dirinya dan semakin memahami maksud hatiku padany.
            Mulai saat itu, aku mengenalinya dengan jelas! Aku tidak lagi memanggilnya “ATIN”,kerana nama sebenarnya Dr. Fatin Izzati Aleida! kasih lamaku....
    
Tamat
Hasil Pena : Aizfitra [aminur_91]
 1hb Jan 2008